Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Monday, August 28, 2017

Aneka dessert untuk hidangan tetamu

Nak kelainan untuk majlis kenduri kendara?
Taktau nak hidang apa yang boleh buat tetamu duk ingat je kat majlis kenduri kita.. hihi.
Meh pilih mana yang berkenan dihati ye.. 

Infaq Aiskrim di Tadika Kemas Al Hakim Kg Kijang.


Infaq Aiskrim untuk Keceriaan Kanak-kanak

Alhamdulillah selamat hantar 80batang#AiskrimGoyangterlajaksedap kat Tabika Kemas Al Hakim di Kg Kijang 2Aug17 untuk #ProgramInfaquntuk keceriaan kanak. Boleh makan 2batang sorang sebab pelajar ada 40orang.

Katering Lokcing atau Satay Ikan pun ada tau.. nyummmy..


Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Lama tak bersiaran tapi masih aktif dengan aneka katering tau. Bermula dengan Katering Aiskrim Goyang, pastu lokcing dan diikuti dengan CENDOL, ABC, ABJ dan air balang. Semua laku keras masa majlis kenduri kendara nie.

Jom cuci mata tengok lokcing atau lebih dikenali satay ikan ye... ada 2pakej yang disediakan. Harga berbeza mengikut saiz lokcing.. ada rm20 / 100cucuk dan rm25 / 100cucuk

lokcing atau satay ikan

Sunday, August 27, 2017

Aiskrim Goyanng dan Lokcing di Majlis Kesyukuran Faidhi dan Syaziela


Alhamdulillah , 500batang#AiskrimGoyangTerlajaksedap dan 500cucuk lokcing telah memeriahkan Majlis Kesyukuran Faidhi dan Syaziela di Mulong Kelantan 29July17.

Tqvm semua yang makan aiskrim n lokcing kita.. semua oyat sedap.. takpuas makan.. 
Add caption

Monday, July 31, 2017

Infaq Aiskrim untuk Keceriaan Kanak2 - Pasti Al-Hikmah Kg Kijang PCB


Assalamualaikum dan selamat pagi semua..
Nak infaq sesuatu yang boleh gembirakan kanak2??
Aiskrim pun ok kan, skali makan 3-5batang sorang
Kanak2 pun suka dan gembira makan aiskrim..

Jom layan aktiviti by Katering Aiskrim Goyang Kelantan di Pasti Al-Hikmah, Kg Kijang PCB. Bawa 50batang aiskrim goyang terlajak sedap tapi 2-3batang sorang makan, sebab tak ramai pelajar.

Pasti Al Hikmah Kg Kijang


Sunday, July 30, 2017

Aiskrim Goyang dan Lokcing Memeriahkan Majlis Kesyukuran Rodi & Afifah


Alhamdulillah, selesai juga update aktiviti bergoyang sepanjang syawal. Alhamdulillah lega kalau boleh update semua aktiviti kat blog. Lepas nie blog Snek Lazat Sedap lak ye.

Yang ni baru lagi minggu lepas. Alhamdulillah 600batang aiskrim goyang terlajak sedap dan 600cucuk lokcing memeriahkan Majlis Kesyuran Rody dan Afifah di Dewan Tengku Anis Padang Tembak 22July17.

Jom layan gambar yang sempat disnap..

Pengantin yang diraikan - Rody
Pengantin diraikan - Afifah

Aiskrim Goyang di Sambutan Hari Raya Pasti Fatimah Az Zahrah


Alhamdulillah, masa sambutan hari raya di Pasti Fatimah Az Zahrah, kita sponsor aiskrim goyang terlajak sedap dan lariss. Memang terlajak lariss, skali dengan serbu habis licin 500batang Aiskrim goyang terlajak sedap.

Tapi tak cukup kakitangan (mmg tak bawa kakitangan pun, laki bini bergoyang tapi bawa anak mmg xleh nak bergoyang sepenuhnya la). Jadi aktiviti terhad la, agak lama menungu dan ada gak yang tak sabar.. Maklumlah budak2 kan.. mak ayah budak pun ada je tak sabar.. hihi. Tukang goyang kena bersabar kalau ada bisikan syaitan tu.. Aiskrim goyang memang sedap dimakan tapi bila ais dah cair, kena setting lak jadi lambat la sket 2-5min. Tapi alhamdulillah, suka sponsor tempat macam nie, cuma kena standby simpan dalam box putih awal2.

Jom la layan aktiviti sepanjang bergoyang aiskrim terlajak sedap nie.